permudahkanlah


Wahai papan kekunci
Biarlah aku menaip seketika
Dengan sepenuh perasaan

Tanpa ragu-ragu
Biarlah aku berbicara
Tentang apa yang aku rasa

Tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini

Biarlah aku menaip bersama duniaku

Yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi

Biarlah aku menaip dengan penuh kerisauan

Yang membelenggu kerana sedih, gembira
Kerana aku hanyalah manusia lemah
Yang selalu melakukan dosa
Kerana aku jugalah manusia lemah
Yang selalu melupakan DIA

Aku hidup hanya kerana
Aku adalah khalifah di muka bumi ini
Tetapi aku tahu
Aku gagal menjadi khalifah itu
Ketika di Luh Mahfuz dulu
Aku pernah berjanji
Aku akan beribadah hanya untuk-MU
Tetapi aku gagal melaksanakannya

Aku lalai dengan duniawi
Yang penuh dengan drama dan tipu daya
Aku leka dengan zaman ini
Yang penuh dengan gelak ketawa

Ampunkan aku YA RAHMAN…YA RAHIM…
Ampunkan aku
Yang terlalu leka dengan duniawi
Ampunkan aku yang selalu melupakan-MU
Ampunkan aku

Ampunkan juga dosa-dosa kedua ibubapaku
Mereka terlalu baik untukku
Mereka terlalu sempurna untukku

Maafkan aku
Kerana tidak menghargai mereka
Maafkan aku
Kerana telah membuatkan mereka menitiskan air mata
Kerana kejahatanku

Ampunkan dosa-dosa umat ISLAM
Ampunkan mereka YA ALLAH
Kerana mereka tidak sedar
Mereka masih ada ALLAH
Yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka
Ampunkan mereka YA ALLAH

Ampunkan aku YA ALLAH
Kerana telah mencintai seseorang lebih dari-MU
Ampukan segala dosa-dosaku YA ALLAH

Apalah salahnya jika dia menjadi milikku

Supaya tenang jiwa ini bersama

Tanpa setitis keraguan dan kerisauan

Apalah salahnya jika hati ini ikhlas

Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Mu

YA ALLAH..

Permudahkanlah..

Advertisements