selamat hari jadi fahmi bucuk


kamu sudah besar..mari jadi positif~~~ngeee

fahmi..kamu adalah salah seorang rakan karibku yang akan aku ingat sampai bila-bila~~

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat

dan orang yang lebih lemah dari itu

ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan

Kegembiraan ibarat semburan pewangi,

pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.

Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan

yang anda miliki itu kepada teman anda.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana

implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa,

tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Jaga-jagalah bergurau,

kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik

walaupun hanya sekadar senyuman.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi

dengan orang yang lebih atas daripadanya

dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas,

walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.

Teman yang paling akrab adalah AMAL.

Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.

Bahasa yang paling manis SENYUM.

Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan

kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga,

tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya,
dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.

Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,

tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan.

Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa

tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna

jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Ketika kamu lahir,

kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti,

ketika kamu mati,

kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.

Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja.

Dan esok, hari tua.

Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,

bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

jika dia seorang ANAK maka dia akan menjadi anak yang SOLEHAH..

jika dia seorang ISTERI..dia akan taat dan patuh kepada suami…

jika dia seorang IBU..akan dicurahkan kasih sayangnya kepada untuk anak-anak..

Supaya engkau beroleh sahabat,

hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

sumber BERNAMA ~> http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/

Advertisements